Aplikasi kewangan membantu anda mengawal perbelanjaan dengan lebih baik?
Merancang kewangan dengan baik adalah kunci untuk mencapai kestabilan dan kebebasan kewangan. Di era digital ini, terdapat pelbagai aplikasi kewangan yang boleh membantu anda memantau perbelanjaan, menyusun bajet dan mencapai matlamat kewangan yang anda inginkan.
Jom lihat 12 aplikasi kewangan terbaik yang dapat membantu anda mengurus perbelanjaan dengan lebih efektif.
Mint adalah salah satu aplikasi kewangan yang paling popular untuk mengurus bajet dan memantau perbelanjaan. Aplikasi ini menghubungkan akaun bank anda dan secara automatik mengkategorikan transaksi untuk memberikan gambaran lengkap tentang kewangan anda.
Ianya percuma untuk digunakan. Anda akan menerima notifikasi untuk bil dan pembayaran. Aplikasi ini juga sesuai untuk anda yang ingin memantau kewangan harian secara automatik.
Aplikasi kewangan YNAB ini direka untuk membantu anda mengawal kewangan dengan memberi setiap ringgit ‘tugas’. Platform ini menggunakan pendekatan bajet sifar untuk memastikan semua pendapatan anda dialokasikan secara terperinci.
Kelebihan menggunakan aplikasi kewangan ini, anda dapat mengurangkan hutang dengan lebih pantas. Ia juga menawarkan panduan kewangan interaktif. Aplikasi ini sangat sesuai untuk anda yang serius mahu merancang setiap sen perbelanjaan anda.
Wah, tak sangka Goodbudget ini adalah aplikasi kewangan yang menggunakan sistem ‘sampul’ maya. Macam mana tu?
Anda boleh menetapkan bajet untuk kategori tertentu seperti makan di luar, bil, dan simpanan. Ia membantu anda menguruskan kewangan dengan mudah dan tersusun. Aplikasi ini sangat mesra pengguna dan boleh digunakan di pelbagai peranti.
Jika anda ingin mengelakkan dari terbelanja lebih, anda perlu gunakan aplikasi kewangan ini. PocketGuard membantu anda memahami berapa banyak wang yang boleh dibelanjakan selepas menolak perbelanjaan tetap dan simpanan.
Platform ini sesuai untuk mereka yang kerap menghabiskan wang tanpa sedar. Anda akan dapat melihat gambaran jelas tentang wang yang tinggal. Justeru, aplikasi ini memang sesuai sangat untuk anda yang nak jadi berdisiplin dalam berbelanja.
Pelbagai aplikasi kewangan yang sesuai untuk kawal perbelanjaan termasuklah Spendee. Spendee adalah perancang kewangan yang sangat menarik kerana ia membolehkan anda mencipta dompet bersama untuk memantau perbelanjaan kumpulan.
Jika anda kerap berkongsi wang bersama kawan-kawan untuk kegunaan dan sebagainya atau mungkin individu yang berkongsi kewangan bersama partner, ia amat sesuai buat anda. Ia juga mempunyai sokongan mata wang yang pelbagai.
Merancang perbelanjaan memerlukan anda merekod kewangan. Nak alat mudah untuk rekod perbelanjaan? Wally adalah platform kewangan yang sesuai untuk rekod perbelanjaan.
Sudah tentu Wally merupakan aplikasi mesra pengguna kewangan yang membantu anda merekod pendapatan dan perbelanjaan. Aplikasi ini menawarkan analisis perbelanjaan yang mendalam untuk membantu anda membuat keputusan kewangan yang bijak.
Anda inginkan alat perancang kewangan yang asas dan mudah? Fudget adalah perancang kewangan yang ringkas dan tanpa ciri rumit.
Fudget sangat sesuai untuk mereka yang hanya mahu menyimpan rekod perbelanjaan tanpa perlu menghubungkan akaun bank. Dalam versi percuma aplikasi ini, tidak ada kandungan iklan, malah ia sangat mudah digunakan.
Toshl Finance menawarkan reka bentuk interaktif dan menyeronokkan untuk memantau kewangan anda. Aplikasi ini juga menyokong lebih 200 mata wang, termasuk mata wang kripto.
Toshl sangat kreatif dan ia terdiri dari sokongan pelbagai mata wang. Ianya sesuai digunakan untuk pengguna antarabangsa atau mereka yang memiliki aset digital.
Bagi anda yang inginkan aplikas tanpa sambungan internet, anda boleh guna Expense Manager. Nak simpan rekod secara offline pun boleh.
Expense Manager adalah aplikasi kewangan asas yang membantu anda mencatatkan pendapatan dan perbelanjaan secara manual. Ia dilengkapi dengan ciri tambahan seperti kalkulator dan peringatan bil. Expense Manager ini tidak berhubung dengan akaun bank.
Bagi pengguna yang ingin fokus kepada pelaburan dan perancangan kewangan jangka panjang, Planner Bee direka khas untuk pengguna di Asia Tenggara, termasuk Malaysia.
Aplikasi ini membantu anda mengurus kewangan dengan fokus kepada pelaburan dan simpanan. Ia enyokong pelbagai produk kewangan tempatan dan memberikan analisis kewangan yang lebih mendalam.
Money Manager sangat popular untuk merekod perbelanjaan harian anda. Antara ciri menariknya ialah grafik interaktif yang memudahkan anda memahami aliran wang.
Antara kelebihan Money Manager adalah ia dapat merekod pendapatan dan perbelanjaan secara automatik serta dapat menganalisis perbelanjaan melalui carta dan laporan.
Sekiranya anda seorang yang mahukan perancang kewangan mudah tetapi lengkap dengan ciri analitik, aplikasi ini sesuai untuk anda.
Jika anda ingin merekod kewangan secara konsisten, anda boleh cuba aplikasi Monny. Monny adalah aplikasi kewangan yang santai dan menarik kerana menggunakan pendekatan gamifikasi (gamification). Ini menjadikan pengalaman mencatat perbelanjaan lebih menyeronokkan. Perancang kewangan ini agak kreatif dan ringan.
Mengurus kewangan kini menjadi lebih mudah dengan adanya pelbagai aplikasi kewangan. Dari merancang bajet hingga memantau perbelanjaan, aplikasi-aplikasi ini menawarkan pelbagai fungsi untuk membantu anda mencapai matlamat kewangan dengan lebih berkesan.
Pilih aplikasi yang sesuai dengan keperluan anda dan mula merancang kewangan dengan bijak. Dengan menggunakan platform ini, penggunaan wang anda pastinya lebih tersusun. Semoga bermanfaat.
Jom baca juga,
6 Jenis interest yang wujud dan bank kenakan
‘Buy Now, Pay Later’ patutkah kita gunakan?
Cara buat simpanan bisnes untuk situasi darurat