Aplikasi HelloGold . Apabila menyebut tentang pelaburan emas pastinya persoalan tentang bilakah masa yang sesuai untuk membeli emas menjadi tanda tanya buat pelabur baru. Harga emas yang kerap berubah antara faktor yang membuatkan waktu pembelian emas memainkan peranan penting dalam pelaburan anda.

Khusus buat pembeli baru, anda boleh mula melabur dengan membeli emas apabila berlaku kejatuhan harga. Selain itu, pastikan anda mendapatkan emas dengan harga diskaun sebelum harga kembali meningkat semula. Hal ini sekaligus membolehkan anda memperoleh untung meskipun dalam masa yang singkat.

Buat pelabur yang serius, adalah lebih baik membeli dalam nilai yang kecil namun konsisten. Sekiranya anda mempunyai modal yang besar, membeli emas dengan nilai yang besar ketika harga rendah secara sekaligus. Adalah antara pilihan yang tersedia.

Emas sememangnya kekal menjadi antara sumber pelaburan yang terbaik. Dalam pada itu, harganya yang kian meningkat antara yang membuatkan orang ramai tidak mampu menceburi bidang pelaburan emas.

aplikasi hellogold

Apakah Aplikasi HelloGold

HelloGold adalah aplikasi membeli emas mudah alih yang membolehkan anda membeli dan menjual emas serendah RM1 di satu platform. Anda boleh menguruskan akaun anda secara mudah dan menikmati harga pembelian dan penjualan yang kompetitif dalam pasaran.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah-payah untuk menyimpan emas fizikal. Kerana emas gred pelaburan dengan ketulenan 99.99% anda dijamin sepenuhnya. Dan disimpan di bilik kebal di Singapura dengan kawalan keselamatan yang terkini.

Aplikasi HelloGold menjadikannya ringkas, mudah, berpatutan dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja.

Adakah emas saya disimpan dengan selamat?

Setiap hari perniagaan, penyedia bilik kebal kami di Singapura, BullionStar International menghantar senarai jongkong (bar list) kepada kami dengan menunjukkan simpanan yang berada di dalam bilik kebal. Senarai jongkong ini menunjukkan semua emas yang kami menyimpan bagi pihak pelanggan kami dan dipaparkan setiap hari di laman web.

Kami juga memaparkan senarai simpanan (customer list) yang menunjukkan jumlah emas yang telah dibeli oleh pelanggan daripada kami. Anda boleh melihat pemegangan anda sendiri, memeriksa jumlah kami, dan menyemak silang jumlah senarai simpanan secara terus dengan senarai jongkong kami.

Zaman sekarang, untuk melabur dalam emas juga mudah, semuanya hanya dihujung jari. Anda boleh menggunakan aplikasi HelloGold untuk membeli emas di Malaysia secara selamat dan mematuhi syariah.

Menerusi aplikasi ini, anda boleh membeli emas pada harga serendah RM1 atau pada kuantiti sebanyak 0.001g. Semua urusan jual beli dan sebagainya hanya dilakukan menerusi aplikasi ini.

Sekiranya anda sudah beli emas secara virtual tetapi ingin simpan sendiri emas, HelloGold boleh hantar emas tersebut kepada anda.

Kelebihan HelloGold

Pertama sekali, HelloGold salah satu teknik nak menyimpan/melabur emas dengan cara paling mudah. Bila-bila boleh beli dan paling best sebab boleh beli berapa ringgit pun. Tak ada kuantiti minima.

Maknanya boleh mula membeli emas sikit-sikit, daripada habiskan duit dengan pelaburan scam baik beli emas di Hello Gold.

Kedua. Tak payah simpan emas. Tapi kalau emas dah cukup 1 gram atau lebih, anda nak emas fizikal dan pegang sendiri pun boleh. Request sahaja nanti Hello Gold akan hantarkan emas fizikal kepada anda.

Ketiga. Boleh jual bila-bila. Kalau nilai emas sudah banyak dan rasa ada keuntungan jika dijual pada waktu itu, anda boleh jual terus. Dan hasil duit jualan emas tu akan dimasukan ke dalam akaun bank. Langsung tak rumit.

Keempat. Fungsi lain yang ada di Hello Gold, boleh kirim emas kepada kawan. Dengan Hello Gold, anda juga boleh kirim atau beri emas kepada kawan yang juga merupakan pelanggan Hello Gold.

Dengan HelloGold semua orang boleh beli emas. Sebab kita boleh beli ikut berapa sahaja yang mampu.

Tak payah letak sasaran tinggi, beli RM10 sebulan pun sudah baik dari langsung tak ada apa-apa. Konsepnya adalah menyimpan.

Apa Yang Anda Boleh Lakukan Dengan Aplikasi Hellogold?

produk hellogold

Beli, Jual, Hantar Dan Tebus

Menyimpan emas kini lebih mudah. Beli dan jual dengan pantas, hantar emas kepada sesiapa sahaja yang mempunyai akaun HelloGold, keluarkan tunai anda dan tebus emas fizikal dengan aplikasi ini.

Bagaimana untuk membeli emas?

Sebaik sahaja anda menambah jumlah wang, anda sudah boleh mula membeli emas.
1. Masukkan amaun emas yang anda ingin beli.
2. Sahkan tempahan anda.
3. Masukan OTP yang dihantar kepada anda dan teruskan.
4. Emas anda akan disimpan dengan serta-merta.

Bagaimana untuk menjual emas?

Senang sahaja untuk menjual emas.

1.Masukkan amaun emas yang anda ingin jual,
2. Sahkan tempahan anda,
3. Masukan OTP yang dihantar kepada anda dan teruskan,
4. Wang tunai anda akan dimasukkan ke dalam akaun anda dengan serta-merta

Semak Harga Emas

Semak harga emas terkini dalam Ringgit Malaysia, rujuk carta harga emas dan jadual prestasi emas kami yang direkod sejak 10 tahun yang lalu.

Tetapkan Matlamat Simpanan Anda

Sekarang adalah masa terbaik untuk mula menyimpan. Mulakan rutin simpanan emas anda dengan Pelan Smart Saver yang baru. Tambah nilai tunai setiap bulan dan kami akan bantu ada beli emas pada harga terendah setiap hari.

HelloGold Smart Saver adalah untuk menggalakkan orang ramai agar menyimpan dalam bentuk emas pada harga harian terendah dalam tempoh tertentu untuk membantu mereka mencapai simpanan yang diinginkan.

Tiada caj tambahan akan dikenakan apabila anda memulakan akaun HelloGold Smart Saver. Caj transaksi beli emas dan caj pentadbiran akan tetap sama untuk emas yang dibeli melalui akaun Smart Saver anda.

Bagaimana untuk mula menyimpan dengan HelloGold Smart Saver?

Langkah-langkah adalah seperti berikut:

1) Klik pada kad HelloGold Smart Saver di laman utama.

2) Pilih matlamat simpanan anda.

3) Masukkan jumlah bulanan anda untuk mencapai matlamat anda sendiri untuk 12 bulan akan datang.

4) Setelah pendaftaran, untuk sebulan akan datang HelloGold akan membeli emas bagi pihak anda pada hari bekerja berikutnya dengan harga terendah harian.

5) Sebelum akhir bulan, anda akan diingatkan untuk menambah nilai untuk mencapai matlamat simpanan anda yang seterusnya.

6) Menjelang bulan yang ke-12, pelan tersebut akan selesai. Emas yang dibeli semasa tempoh tersebut akan dipindahkan secara automatik ke akaun utama HelloGold anda.

Minimum bulanan ialah Rm30.00.

Kongsikan

Kongsi ganjaran simpanan emas dengan keluarga, rakan-rakan, teman sekerja dan jiran.

Keselamatan

Untuk melindungi data pelanggan i, HelloGold menggunakan teknologi terkini seperti enkripsi AES-256 dan gabungan TLS / SSL dengan 2FA. Ini untuk memastikan keselamatan semua bentuk komunikasi dan transaksi.

Data anda juga dijamin menurut Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia (PDPA).

Anda boleh muat turun aplikasi HelloGold di Android dan iOS untuk memulakan pelaburan dengan tawaran diskaun yang ditawarkan.

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.