Zaman sekarang, siapa kata nak buat duit susah? Dengan hanya menggunakan telefon pintar, anda boleh mula menjana extra income tanpa perlu keluar rumah. Tak percaya?

Jom tengok 12 aplikasi buat duit yang bakal bantu anda menambah pendapatan sambil rileks duduk rumah. Yang penting perlu ada kesungguhan dan rajin untuk buat duit dengan aplikasi ini.

aplikasi buat duit
via [ginee]

1. Shopee Affiliate (Komisen Untuk Promosi Produk)

Siapa yang tak kenal Shopee? Selain sebagai platform beli-belah, Shopee juga ada program affiliate yang membolehkan anda buat duit dengan mempromosikan produk.

Setiap kali seseorang membeli produk melalui link yang anda kongsi, anda akan dapat komisen. Mudah kan? Cara nak bermula pun mudah, anda boleh kongsikan link produk shopee di social media atau blog anda. Tak hanya itu, pilih produk yang trending untuk pastikan orang tertarik dan beli!

2. GrabFood & Foodpanda (Pendapatan Bergantung Pada Jarak)

Kalau anda suka jalan-jalan, naik motor atau kereta, kenapa tak jadi rider GrabFood atau Foodpanda? Dengan aplikasi ini, anda boleh buat duit dengan menghantar makanan ke pelanggan. Pekerjaan ini sangat fleksibel dan sesuai kalau nak tambah duit poket.

Bagi anda yang ingin jana pendapatan melalui aplikasi ini, pilih waktu yang sibuk (seperti waktu makan tengahari) untuk pendapatan lebih. Pada waktu itu, ramai yang order makanan. Nak lagi best, senyum atau ambil hati pelanggan pun boleh dapat tips extra dari pelanggan!

3. iPanelOnline (Duit Dari Survey Online)

Aplikasi ini membayar anda untuk menjawab kaji selidik. Setiap survey yang anda jawab, anda akan kumpul mata ganjaran yang boleh ditukar dengan duit atau hadiah. Cuma kena sabar sikit, kena jawab satu-satu dan buat kerja.

Antara kerjanya selepas mendaftar adalah anda perlu isi profile dengan lengkap supaya dapat lebih banyak survey. Anda juga boleh jawab survey yang pendek tapi memberikan ganjaran lebih tinggi!

4. Sweatcoin (Berjalan Dapat Duit)

Dah bosan tak tahu nak buat apa? Dengan Sweatcoin, anda boleh dapat duit hanya dengan berjalan! Setiap langkah yang anda ambil ditukar kepada mata ganjaran. Semakin banyak langkah, semakin banyak duit boleh dapat.

Anda boleh gunakan aplikasi buat duit ini sebagai langkah harian. Apabila dapat mata ganjaran, ianya boleh ditukar kepada hadiah menarik atau duit! Menarik kan? Boleh guna aplikasi ni untuk buat hobi-hobi anda yang berkaitan.

aplikasi buat duit
via [foap]

5. Foap (Jual Gambar, Dapat Duit)

Ada hobi ambil gambar? Jual je gambar anda melalui Foap! Setiap gambar yang anda upload dan jual, anda akan dapat 50% daripada harga jualan. Aplikasi buat duit ini memberi peluang untuk anda yang suka bergambar.

Anda perlu pastikan gambar anda berkualiti dan menarik perhatian pembeli. Lebih berhasil lagi jika anda pilih tema gambar yang ramai orang suka, seperti gambar produk, makanan, atau pemandangan.

6. BigO Live (Siaran Langsung Untuk Duit)

Kalau anda pandai buat orang ketawa atau suka buat siaran langsung, BigO Live adalah platform untuk anda! Anda boleh dapat hadiah daripada penonton yang boleh ditukar kepada duit. Macam best je kan?

Apa-apapun, jangan takut untuk jadi diri sendiri dan bercakap dengan penonton. Anda boleh buat sesi live yang menghiburkan untuk tarik lebih ramai penonton!

7. TikTok (Live Stream, Content Creator , Affiliate)

TikTok memudahkan anda jana pendapatan melalui penciptaan kandungan. Anda perlu mulakan dengan niche yang anda minati dan buat konten secara konsisten.

Siapa tahu, video anda yang seterusnya boleh menjadi viral! Antara peluang buat duit dengan TikTok adalah dengan menjadi TikTok Creator, TikTok Affiliate, kerjasama dengan brand, live streamer.

aplikasi jana income
via [luno]

7. Luno (Buat Duit Dengan Cryptocurrency)

Luno adalah aplikasi yang membolehkan anda membeli dan menjual cryptocurrency seperti Bitcoin. Walaupun cryptocurrency adalah pelaburan berisiko, ia juga boleh memberikan pulangan yang lumayan.

Jika ingin melabur, jangan melabur lebih daripada yang anda mampu untuk kehilangan. Pelaburan adalah berisiko. Jadi, belajar dan fahami pasaran sebelum mula melabur.

8. Etsy (Jual Karya Kreatif Anda)

Kalau anda ada bakat dalam seni atau kraf, Etsy adalah tempat yang sesuai untuk anda. Jual barangan buatan tangan atau karya seni dan jana pendapatan tambahan.

Antara tips yang boleh anda ikuti adalah pastikan setiap barang yang anda jual mempunyai foto yang menarik, gunakan deskripsi yang jelas dan kreatif untuk menarik pembeli!

9. Google Opinion Rewards (Duit Dari Kaji Selidik)

Selain itu, aplikasi Google Opinion Rewards membayar anda untuk menjawab soalan-soalan ringkas mengenai pengalaman anda dengan produk atau perkhidmatan.

Setiap survey selesai, anda akan dapat kredit Google Play yang boleh ditukar kepada wang tunai atau baucar.

Cara bermula adalah, isi profile anda dengan teliti untuk lebih banyak peluang survey. Kemudian, pastikan anda jawab survey dengan cepat untuk dapatkan lebih banyak tawaran.

aplikasi buat duit
via [pang]

10. Upwork (Freelance Pekerjaan Global)

Jika anda ada kemahiran menulis, reka bentuk grafik, atau pembangunan web, Upwork adalah platform freelance yang boleh membantu anda mencari pelanggan dari seluruh dunia. Anda boleh kerja dari mana-mana saja dan buat duit.

Untuk bermula, anda boleh bangunkan portfolio yang menarik untuk tarik perhatian klien. Mula letak harga yang kompetitif dan naikkan harga apabila anda sudah dapat review yang baik!

11. TaskRabbit (Tugas Kecil, Duit Masuk)

Tak sangka, ada juga aplikasi yang boleh buat task yang mudah. TaskRabbit adalah aplikasi yang membolehkan anda menawarkan perkhidmatan seperti penghantaran, pembersihan, atau pembaikan rumah. Anda boleh memilih tugas mengikut minat, kepakaran dan jadual anda.

Jika anda sudah mula buat kerja dengan aplikasi ini, terus menjaga kualiti kerja untuk dapatkan review positif dan pasti lebih banyak kerja akan menyusul selepas itu.

aplikasi extra income
imej [shopback]

12. ShopBack (Duit Kembali Selepas Membeli)

ShopBack adalah aplikasi cashback yang membolehkan anda dapat wang tunai setiap kali membeli-belah melalui mereka.

Setiap pembelian yang dibuat melalui ShopBack, anda akan dapat cashback yang boleh ditarik keluar atau digunakan untuk membeli lebih banyak produk.

Nak best, gunakan ShopBack ketika membeli barang-barang besar seperti elektronik atau tiket penerbangan. Jangan lupa untuk semak selalu promosi bagi mendapatkan cashback yang lebih tinggi!

Tengok, banyak betul aplikasi buat duit yang boleh anda cuba! Yang penting, pilih aplikasi yang sesuai dengan minat dan kemahiran anda, dan mulakan perjalanan untuk menjana extra income.

Siapa tahu, mungkin aplikasi pertama yang anda cuba akan menjadi punca pendapatan tambahan yang anda impikan! Jom mula buat duit sekarang.

Jom baca juga artikel berikut:

Umur 30 tiada simpanan? Buat ini segera.

Beli kereta atau rumah? Mana satu dulu

Cara kurangkan hutang dan komitmen bulanan

Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.