Jom kenali apa itu sains aktuari. Di sini kami sertakan laluan kerjaya sains aktuari yang mungkin mengelirukan sebelum ini.
“Actuary” datang daripada perkataan Latin “Actuarius” semasa zaman Empayar Rom yang membawa maksud “mengendalikan duit atau harta” bagi pihak tentera, satu tugas yang sinonim dengan kerani atau penjaga akaun pada masa itu.
Skop tugas pengendali duit ini berkembang dari semasa ke semasa untuk menjalankan pelbagai tugas berkaitan kewangan. Pada tahun 1762, Equitable Society yang merupakan salah sebuah syarikat insurans menggunakan gelaran “aktuari” ini buat ketua unit kewangannya. Tugas ahli aktuari ini terus berkembang dengan pelbagai skop tugasan sebagaimana yang kita ketahui sekarang.
Seorang aktuari merupakan ahli perniagaan profesional yang berhubung kait dengan reka cipta insurans, pencen, kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) dan program-program kewangan yang lain. Melalui aplikasi kebarangkalian, statistik, teori risiko dan prinsip-prinsip kewangan, seorang aktuari dapat mengira risiko masa hadapan berkaitan dengan program insurans, anuiti dan pencen.
Untuk mencapai kesemua ini, seorang aktuari harus terdahulunya mengumpul dan menganalisa data untuk membentuk model matematik.
Model-model kebarangkalian penyakit, kematian, kemalangan dan sebagainya serta jadual-jadual kebarangkalian pengangguran dan sebagainya dibina.
Selepas kesemua kebarangkalian dan kos syarikat dikira, seorang aktuari mampu menetapkan harga premium yang akan memenuhi keperluan pembayaran manfaat insurans yang dijangkakan.
Seorang aktuari pernah dikenali sebagai arkitek kewangan dan ahli matematik kemasyarakatan disebabkan oleh kombinasi unik kemahiran analisis dan perniagaan mereka dalam menyelesaikan masalah kewangan dan sosial yang kian meningkat.
Pengiraan dan perancangan seorang aktuari adalah tulang belakang industri insurans dan sekuriti kewangan. Kerja-kerja aktuari banyak melibatkan matematik, malah, seorang aktuari juga mesti sentiasa mengikuti perkembangan isu-isu semasa dan trend perniagaan, sains kemasyarakatan , undang-undang dan ekonomi.
Seorang yang ingin menjadi seorang aktuari haruslah
Sekiranya anda mempunyai kualiti-kualiti seperti yang dinyatakan, anda mungkin mampu menjadi seorang aktuari yang berjaya!
Antara universiti awam tempatan yang boleh dipohon ialah
Sementara itu, institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di Malaysia yang turut menawarkan program ini ialah:
Setiap institut pengajian tinggi ini mempunyai kelayakan akreditasi yang mempunyai objektif untuk menghasilkan pegawai aktuari yang mahir dalam pelbagai jabatan dalam syarikat insurans seperti jabatan aktuari, perkhidmatan polisi, perancangan korporat, pelaburan dan sebagainya.
Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menyediakan asas yang mencukupi untuk menduduki peperiksaan ikhtisas sains aktuari di peringkat “Associateship.” Tumpuan juga diberikan supaya para siswazah dapat memberikan sumbangan yang berkesan dalam sektor kewangan yang lain dan bukan terhad kepada sektor insurans.
Calon-calon yang ingin mengkhusus dalam program Matematik, Statistik atau Sains Aktuari mestilah
Dalam Sains Aktuari , anda akan belajar banyak subjek yang melibatkan menggunakan teknik-teknik matematik dan statistik. Berikut adalah beberapa mata pelajaran yang bakal dipelajari sepanjang program pengajian Ijazah Sains Aktuari :
Kursus ini melibatkan banyak pengiraan dan kemahiran dalam Matematik (terutamanya statistik) yang merupakan satu kemestian dalam diri setiap pelajar.
Pada akhir kursus ini, anda akan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam menilai risiko dan bagaimana anda boleh mengurangkan kos yang berkaitan dengan risiko-risiko ini.
Sejarah awal menunjukkan bahawa tugas-tugas aktuari berkait rapat dengan kehidupan dan perniagaan terutamanya risiko kematian dan faedah kompaun. Peranan aktuari juga boleh dikaitkan dengan risiko kewangan. Daripada aktiviti-aktiviti ini, tugas-tugas aktuari telah berkembang merangkumi insurans dan pelaburan.
Di Amerika Utara dan Australia, antara penglibatan aktuari adalah dalam lapangan kerjaya seperti:
Di negara-negara lain termasuklah di Malaysia, peranan aktuari tertumpu di sektor insurans, perbankan dan pelaburan serta pengurusan sistem sekuriti kewangan.
Terdapat juga aktuari yang bekerja sebagai Perunding. Mereka membekalkan khidmat nasihat kepada syarikat dan badan-badan lain yang tidak menggaji pekerja-pekerja aktuari. Biasanya, nasihat perunding ini merangkumi isu-isu yang luas. Tumpuan perunding individu selalunya terhadap perkembangan kepakaran aktuari di dalam penggunaan persekitaran perniagaan.
Seorang aktuari juga boleh bekerja dalam sektor kerajaan. Mereka biasanya ditugaskan untuk menguruskan pelan pencen atau insurans kerajaan. Ramai aktuari juga bekerja dalam profesion pendidikan sebagai pensyarah-pensyarah di Universiti.
Melengkapkan ijazah dalam Sains Aktuari akan menyediakan anda khusus untuk kerjaya dalam bidang insurans, perbankan kewangan dan perancangan kewangan. Berikut adalah beberapa pekerjaan yang sangat berkaitan dengan Sains Aktuari:
Jemput juga membaca tentang panduan mengurus kewangan