Saham “blue chip” merupakan satu syarikat besar dengan reputasi yang sangat baik. Kebiasaannya, syarikat ini besar dan mempunyai kewangan yang mantap dan terkenal yang beroperasi selama bertahun-tahun dan mempunyai pendapatan yang boleh dipercayai dan kerap kali membayar dividen kepada para pelabur.

Saham “blue chip” biasanya mempunyai berbilion-bilion permodalan pasaran dan pada umumnya merupakan ketua atau pemimpin pasaran ataupun tiga syarikat teratas dalam sektor perniagaan mereka. Oleh yang demikian, kebanyakan para pelabur akan membeli saham “blue chip” . Antara contoh saham “blue chip” adalah IBM Corp, Coca-Cola Co dan Boeing Co.

Walaupun pembayaran dividen tidak semestinya diperlukan untuk menjadikan saham itu dianggap sebagai “blue chip”, namun kebanyakan “blue chip” mempunyai rekod yang panjang untuk membayar dividen yang stabil dan meningkat. Istilah “blue chip”  ini juga diambil daripada permainan poker di mana cip bewarna biru merupakan cip paling mahal.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.