Kovarians, istilah yang diterjemahkan secara lansung daripada istilah bahasa Inggeris, “covariance”, merupakan ukuran sejauh mana pulangan-pulangan pada dua aset yang berisiko bergerak seiring. Kovarians positif merujuk kepada pulangan aset yang bergerak bersama-sama. Sementara kovarians negatif pula bermakna pulangan aset bergerak secara terbalik.

Satu kaedah untuk pengiraan kovarians adalah dengan melihat kejutan pulangan atau “return surprises” (sisihan daripada pulangan yang dijangka) dalam setiap situasi. Selain daripada kaedah itu adalah kaedah untuk menggandakan korelasi antara kedua-dua pembolehubah dengan sisihan piawai setiap pembolehubah.

Aset-aset kewangan yang mempunyai kovarians yang tinggi di antara satu sama lain tidak akan memberikan terlalu banyak kepelbagaian. Sebagai contoh, sekiranya pulangan saham A adalah tinggi apabila pulangan saham B tinggi ataupun rendah apabila pulangan saham B turut rendah, saham ini dikatakan mempunyai kovarians positif. Seseorang pelabur yang ingin mencari pendapatan yang pelbagai akan memilih aset kewangan yang mempunyai kovarians yang rendah di antara satu sama lain.

Jemput juga baca artikel buku saham dan pergerakan harga saham

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.