“Behavioral finance” atau dalam bahasa Melayunya adalah ekonomi tingkah laku merupakan satu bidang atau cabang kewangan yang mencadangkan teori-teori berasaskan psikologi untuk menerangkan kelainan dalam pasaran saham. Di dalam ekonomi tingkah laku, struktur maklumat dan ciri-ciri peserta pelaburan secara sistematik mempengaruhi keputusan pelaburan individu serta hasil pasaran.
Terdapat banyak kajian yang telah mendokumenkan fenomena sejarah jangka panjang dalam pasaran-pasaran sekuriti yang bercanggah dengan hipotesis pasaran yang cekap / “Efficient Market Hypothesis (EMH)” dan tidak boleh dirumuskan secara logik di dalam model-model yang berdasarkan kepada rasionaliti sempurna para pelabur. Justeru, ekonomi tingkah laku cuba mengisi kekosongan itu.