Bida dalam ekonomi mempunyai dua definisi. Yang pertama, bida merupakan harga di mana tawaran dibuat oleh pelabur, pedagang ataupun peniaga untuk membeli sekuriti. Bida menetapkan harga dan kuantiti yang akan dibeli. Sebagai contoh, harga bida sesuatu saham adalah RM100.00 X 1000, yang bermaksud bahawa seorang pelabur ingin membeli 1000 unit saham dengan harga RM100.00. Sekiranya penjual atau pemilik saham yang berada di pasaran sanggup menjualnya pada harga tersebut, maka transaksi itu telah selesai.

Selain itu, bida juga merupakan harga di mana pemilik atau pembuat pasaran sanggup membeli sekuriti di mana pembuat atau pemilik pasaran ini juga akan memaparkan harga yang diminta (harga dan kuantiti) di mana mereka sanggup untuk menjualnya.

Ini kerana pembuat pasaran sangat penting dalam memastikan kecekapan atau kecairan pasaran. Oleh itu, dengan menyebut kedua-dua harga bida dan tawaran, mereka sentiasa memberikan peluang kepada para pelabur untuk membeli atau menjual sekuriti jika perlu.

Namun demikian, bida adalah berlawanan dengan penawaran, di mana penawaran menyatakan harga yang mana penjual bersedia untuk terima bagi harga sekuriti dan jumlah sekuriti yang akan dijual pada harga tersebut.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.