‘Usaha tangga kejayaan’ ayat ini selalu kita dengar sejak kecil lagi. Semasa kita masih kanak-kanak dan tidak pandai mengayuh basikal, kita berusaha bersungguh-sungguh belajar mengayuh basikal sehingga berjaya. Sebab apa kita boleh pandai mengayuh basikal, usaha. Usaha yang kita curahkan sehingga kita boleh mengayuh basikal dengan sendirinya.

Amalan ini diteruskan apabila kita mula memasuki alam persekolahan. Untuk mendapat keputusan peperiksaan yang bagus, kita perlu berusaha belajar dan mengulang kaji pelajaran. Keputusan peperiksaan yang bagus boleh menentukan kolej atau Universiti yang mana kita mahu pergi untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Selain daripada itu, kita perlu amalkan sifat-sifat positif yang boleh membawa kita ke kejayaan. Apakah amalan tersebut?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai amalkan 6 sifat positif yang boleh membawa kita ke kejayaan. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

Imej via wizerunekkobiety.pl

6 Sifat positif yang perlu diamalkan

1. Berhentilah berharap KEJAYAAN DATANG MENGETUK pintu rumah kita.

Bukalah pintu dan keluarlah berlari mengejar impian. Dengan hanya menonton tv, hadap sosial media, tidak mengubah apa apa. Tahun 2020 adalah tahun bergerak pantas dan berlari. Kita tidak menunggu sesiapa lagi.

2. Berhenti berusaha SENANGKAN SEMUA ORANG.

Akan ada keputusan dan tulisan yang menguris hati orang kerana tidak bersetuju dengan semua pandangan. Selagi kita yakin ia benar dan tepat, tulis dan lakukan. Jangan hanya berdiam. Tegaslah, akan ada yang berubah dan akan ada yang kekal menghina dalam diam.

3. Jangan fikir hidup ini penuh dengan PENDERITAAN dan tiada KEBAHAGIAAN.

Kita boleh cipta bahagia kita sendiri, buang jauh jauh derita itu dan cipta bahagia sendiri tahun baru ini. Bahagia itu kita yang cipta, bukan perlunya pengiktirafan orang baru kita rasa bahagia.

4. Jangan jadi PENAKUT.

Semua keputusan ada risikonya, dengan diam dan tunggu orang lain akan bergerak dan tinggalkan kita. Ketakutan paling besar adalah apa yang kita ciptakan dalam diri kita sendiri.

5. Jangan hentikan hujan.

Jangan kawal benda yang kita tidak mampu buat, ia akan buat kita tertekan. Belajar ikhlaskan setiap apa yang berlaku. Semua perkara ada jalan keluarnya, cari penyelesaian. Ikhlaskan apa saja yang kita tak boleh kawal. Jangan buang tenaga kita kawan.

6. Jangan fikir negatif tentang diri sendiri, biar orang lain berfikir demikian.

Belajar cipta rasa cukup. Kita hidup di bumi yang perlu bergerak pantas tanpa perlu memikirkan buruknya diri ini. Bersyukurlah apa yang kita ada.

*Sifat-sifat positif ini perlu diterapkan dalam diri jika ingin berjaya dalam kehidupan. Jangan terlalu berfikiran negatif dan bertindak mengikut perasaan. Sebelum membuat keputusan, cuba berfikir secara rasional dan selepas itu baru mula membuat keputusan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.