Ramai kata yang ‘Buat apa nak reward diri sendiri? Banyak lagi benda yang kita boleh buat dengan duit tu. Membazir je, simpan jelah duit tu’ Sebenarnya, reward diri sendiri ini boleh membuatkan diri kita rehat dan tenang daripada segala masalah yang sedang dihadapi. Reward diri sendiri bukan lah sesuatu perkara yang membazir selagi tidak lari daripada bajet kita.

Generasi muda sekarang suka ‘reward’ diri sendiri kerana jika bukan diri sendiri yang mahu menghargai usaha kita, siapa lagi? Tetapi kadang-kadang mereka terlalu seronok ‘reward’ diri sendiri sehingga duit yang sepatutnya simpan telah digunakan. Jadi, apa kata kita cuba menggunakan 10 alternatif yang bagus untuk reward diri sendiri.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 10 alternatif yang bagus untuk ‘Reward’ diri sendiri. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

10 Alternatif untuk ‘Reward’ diri sendiri

alternatif reward diri sendiri
Imej via Facebook

1. Daftar haji bila mula kerja, modal cuma RM1300 sahaja. Ini lebih bernilai

2. Belilah emas sebagai simpanan pertama mula kerja. Simpan satu bar gold sebagai kenangan gaji pertama.

3. Lindungi diri dengan Takaful Hayat, jika kita meninggal atau hilang upaya anak isteri terjaga kebajikannya.

4. Buat simpanan hingga ada 6 bulan gaji. Baru puas lihat simpanan semua.

5. Mengembara dan jalan jalan lihat tempat orang lain. Semakin banyak berjalan, semakin kita berkembang.

6. Belilah kasut sukan baru agar bersemangat untuk sihat dan jelitawan.

7. Beli buku yang kita dah lama nak beli tapi tak mampu. Balut plastik dan bacalah kandungannya.

8. Hadir seminar untuk bijakkan diri

9. Buat simpanan dan belilah sebuah rumah kecil sebelum 5 tahun usia kerja.

10. Buat kebaikkan dengan bantu orang miskin dan susah yang memerlukan, modal kita tenaga dan belanja mereka.

*Berikut adalah 10 alternatif yang boleh digunakan untuk ‘reward’ diri sendiri. Ingat, tidak salah jika kita mahu ‘Reward’ diri sendiri, yang salah adalah apabila kita terlebih guna wang yang ada sehingga tiada wang untuk makan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.