Langkau ke kandungan
iLabur
Menu

Alfred Nobel, Nama Yang Tercatat Di Dalam Anugerah Nobel

Alfred Nobel merupakan individu di mana nama beliau telah digunakan untuk Anugerah atau Hadiah Nobel (Nobel Prize). Alfred Nobel dilahirkan pada tahun…

InspirasiKemas kini terakhir: 10 Jun 2020oleh safwanrazali
Imej Alfred Nobel, saintis dan pengasas Anugerah Nobel.

Fakta Ringkas

Nama Penuh
Alfred Nobel
Peranan
Saintis, pencipta, usahawan, pengarang dan penganjur keamanan
Dikenali Kerana
Nama beliau digunakan untuk Anugerah Nobel dan penciptaan bahan letupan seperti dynamite
Tarikh Lahir
1833 · Stockholm
Tarikh Meninggal
1896
Bapa
Immanuel Nobel
Ibu
Andriette
Bahasa dikuasai
Sweden, Rusia, Inggeris, Perancis dan Jerman
Negara pernah menetap
Sweden, Finland dan Rusia
Negara pernah menjelajah
Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat
Penciptaan dipatenkan
Lebih daripada 300 penciptaan
Syarikat ditubuhkan
Nitroglycerin AB, Alfred Nobel & Co. Factory, United States Blasting Oil Company

Pencapaian

  • Mempatenkan nitrogliserin, dynamite dan gelignite
  • Mengasaskan beberapa buah syarikat
  • Menyediakan dana pembiayaan untuk Anugerah Nobel

Alfred Nobel merupakan individu di mana nama beliau telah digunakan untuk Anugerah atau Hadiah Nobel (Nobel Prize). Alfred Nobel dilahirkan pada tahun 1833 di Stockholm. Beliau merupakan seorang saintis, pencipta, usahawan, pengarang dan juga pencinta keamanan (pacifist). Selain itu, beliau telah mempatenkan (patent) satu bahan letupan yang dipanggilnitrogliserin (**nitroglycerin), mengasaskan beberapa buah syarikat dan mempatenkan bahan letupan (dynamite) dan peledak (gelignite) dan banyak lagi pencapaian beliau. Beliau telah menjadi kaya ketika melalui proses-proses di atas. Tidak lama selepas kematian Alfred Nobel iaitu pada tahun 1896, Anugerah Nobel muncul. Beliau telah meninggalkan kebanyakan daripada hartanah beliau untuk menubuhkan anugerah tersebut, yang mana telah pertama kali dianugerahkan pada tahun 1901. Anugerah tersebut diberikan dalam beberapa bidang, mencerminkan kepelbagaian minat dan kebolehan Alfred Nobel. Bidang-bidang tersebut termasuklah fizik, kimia, fisiologi atau perubatan, sastera dan keamanan. Anugerah tersebut pula merupakan sekeping pingat, sijil dan wang tunai.

Potret Alfred Nobel, pengasas Anugerah Nobel

Imej via Biography

Kehidupan Dan Penciptaan Alfred Nobel

Alfred Nobel merupakan seorang individu yang mempunyai banyak kemahiran dan ciptaan, Bapa beliau, Immanuel Nobel, merupakan seorang pencipta dan seorang saintis. Pada satu ketika, ibu beliau, Andriette, menjalankan sebuah kedai runcit kecil. Selain itu, Alfred Nobel merupakan individu yang banyak menjelajah. Beliau telah menetap di Sweden, Finland dan Rusia, dan telah menjelajah Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat. Beliau juga telah belajar untuk bercakap  di dalam beberapa bahasa ketika membesar, terutamanya bahasa Sweden, bahasa Rusia, bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan bahasa Jerman. Ketika di Perancis, Nobel telah bertemu dengan Ascanio Sobreri, individu yang mencipta cecair letupan yang dikenali sebagai nitrogliserin. Pertemuan ini kemudiannya mempengaruhi kerja Nobel terhadap peledak bahan letupan terkawal, kerja beliau yang membawa kepada penciptaan bahan letupan (dynamite) beliau. Tambahan lagi, Alfred Nobel telah mempatenkan lebih daripada 300 penciptaan, yang mana beberapa daripadanya melibatkan bahan letupan, biologi, fisiologi dan optik. Kejayaan beliau membolehkan beliau menubuhkan pelbagai perniagaan, antaranya termasuklah Nitroglycerin AB di Stockholm, Alfred Nobel & Co. Factory) di Krümmel dan United States Blasting Oil Company. Di sebalik penglibatan beliau dalam bahan letupan, Alfred Nobel merupakan seorang penganjur keamanan dunia yang kuat. Countess Bertha Kinsky, seorang lagi penganjur keamanan yang kuat, terpengaruh dengan kecenderungan Nobel terhadap keamanan. Countess tersebut merupakan penjawab (respondent) kepada iklan yang dibuat oleh Nobel untuk mencari seorang pembantu rumah dan setiausaha wanita. Di sebalik hubungan yang begitu mesra di antara kedua-duanya, Nobel tidak pernah berkahwin, dan beliau meninggal dunia pada tahun 1896.

Anugerah Nobel

Nama “Nobel” adalah yang paling terkenal dalam hubungan dengan Anugerah Nobel. Sebelum kematian beliau, Alfred Nobel telah menyediakan dana pembiayaan untuk digunakan sebagai ganjaran kepada penganjur keamanan di dalam pelbagai bidang seperti fizik, kimia dan fisiologi. Yayasan Nobel (Nobel Foundation) di Stockholm, Sweden, merupakan organisasi yang bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir dana tersebut. Semenjak tahun 1901, yayasan tersebut telah menganugerahkan beratus Anugerah Nobel. Antara penerima anugerah tersebut adalah Martin Luther King, Jr., Albert Einstein dan Nelson Mandela.

Rujukan

Rujukan

Maklumat dalam artikel ini disediakan berdasarkan sumber yang boleh dipercayai. Pengguna digalakkan merujuk sumber asal untuk kepastian lanjut.