Alan Greenspan adalah bekas Pengerusi Lembaga Gabenor Sistem Rizab Perseketuan, yang merupakan bank pusat bagi Amerika Syarikat dari tahun 1987 sehingga tahun 2006. Dalam jawatan itu, beliau juga berkhidmat sebagai pengerusi Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan atau “Federal Open Market Committee (FOMC)”, yang merupakan jawatankuasa pembuat dasar prinsip kewangan Persekutuan yang membuat keputusan mengenai kadar faedah dan menguruskan bekalan wang Amerika Syarikat.

Alan Greenspan Dan Persekutuan

Alan Greenspan dilahirkan di Bandaraya New York pada tarikh 6 Mac 1926. Beliau memperolehi Ph.D. dalam bidang ekonomi daripada Universiti New York pada tahun 1977. Greenspan menjadi Pengerusi Rizab Persekutuan yang ke-13, menggantikan Paul Vocker. Presiden Ronald Reagan merupakan individu pertama yang membawa Greenspan ke pejabat persekutuan, namun tiga presiden lain iaitu George H. W. Bush, Bill Clinton dan George W. Bush, menamakan beliau dalam empat tugasan tambahan.

Tempoh beliau berkhidmat sebagai pengerusi berlansung selama lebih daripada 18 tahun sebelum beliau bersara pada tahun 2006 untuk digantikan oleh Ben Bernanke. Alan Greenspan kini berkhidmat sebagai penasihat dan perunding peribadi.

Alan Greenspan dikenali dengan kemahiran dalam mendapatkan konsensus di kalangan ahli lembaga Persekutuan mengenai isu-isu dasar dan kerana perkhidmatan beliau semasa dalam salah satu tempoh krisis ekonomi yang paling teruk pada abad ke-20, yang disebabkan oleh kejatuhan pasaran saham pada tahun 1987. Selepas peristiwa itu, beliau menganjurkan kenaikan kadar faedah secara mendadak untuk mengelakkan ekonomi daripada terjerumus ke dalam kemelesetan yang teruk.

Beliau yang dianggap sebagai seorang yang agresif terhadap inflasi (inflation hawk), Greenspan menerima kritikan kerana lebih memberi tumpuan kepada mengawal harga daripada mencapai sifar pengangguran (full employment). Pendirian “hawkish” beliau pada umumnya bermaksud keutamaan untuk mengorbankan pertumbuhan ekonomi dalam usaha untuk mencegah inflasi. Para profesional kewangan dan pelaburan yang lebih memilih untuk pertumbuhan ekonomi lebih sering mendapati diri mereka bertentangan dengan fokus Greenspan terhadap inflasi.

Greenspan juga merupakan seorang yang fleksibel, namun begitu, beliau bersedia untuk mengambil risiko inflasi dalam keadaan yang boleh menyebabkan kemelesetan yang teruk. Pada tahun 2000, beliau menganjurkan pengurangan kadar faedah selepas kejatuhan “dot-com bubble”. Beliau sekali lagi menganjurkan tindakan itu selepas serangan 11 September ke atas Pusat Dagangan Dunia.

Greenspan mengetuai FOMC untuk segera mengurangkan kadar dana Persekutuan daripada 3.5% hingga kepada 3%, dan pada bulan-bulan berikutnya, beliau berusaha menurunkan kadar tersebut serendah 1%. Walau bagaimanapun, ekonomi dan pasaran saham kekal lembap.

Legasi Kontroversi Alan Greenspan

Walaupun beliau memimpin untuk salah satu tempoh yang paling aman dalam sejarah Amerika, Greenspan diingati oleh sesetengah masyarakat sebagai pembuat beberapa kesilapan besar. Salah satunya adalah pada 1990-an apabila Rizab Persekutuan mengambil tindakan untuk memperlahankan pertumbuhan ekonomi sebagai tindak balas terhadap untuk mengelakkan inflasi.

Tindakan tersebut mengakibatkan kemerosotan ekonomi yang tidak dijangka. Walaupun Greenspan akhirnya membetulkan tindakan beliau, dalam ucapan beliau pada tahun 1998, beliau mengakui bahawa ekonomi baru mungkin tidak terdedah kepada inflasi seperti apa yang beliau fikirkan sebelum itu.

Walaupun pada awal tahun 2000 Greenspan telah memimpin pengurangan kadar faedah ke paras yang tidak dapat dilihat dalam beberapa dekad, terdapat sesetengah yang mengkritik penurunan kadar tersebut sebagai penyumbang kepada gelembung ekonomi (housing bubble) di Amerika Syarikat yang mengakibatkan krisis kewangan gadai janji subprima yang bermula pada tahun 2007.

Malahan dalam ucapan beliau pada tahun 2004, Greenspan mencadangkan lebih banyak pemilik rumah untuk mempertimbangkan untuk mengambil gadai janji kadar laras atau “adjustable-rate mortgage (ARM)” di mana kadar faedah akan bertukar kepada kadar yang bersesuaian selaras dengan kadar faedah pasaran semasa. Sepanjang tempoh beliau memegang jawatan, ,kadar faedah meningkat. Peningkatan ini menetapkan semula gadai-gadai janji tersebut kepada pembayaran yang lebih tinggi, yang menyebabkan lebih banyak kesulitan kepada kebanyakan pemilik rumah dan memburukkan lagi kesan krisis tersebut.

“Greenspan Put”

“Greenspan Put” merupakan strategi perdagangan yang popular pada tahun 1990-an dan 2000-an hasil daripada beberapa dasar yang dilaksanakan oleh Alan Greenspan, Pengerusi Rizab Persekutuan pada masa itu. Sepanjang tempoh beliau memegang jawatan itu, beliau cuba untuk membantu menyokong ekonomi Amerika Syarikat secara aktif menggunakan kadar dana persekutuan sebagai tunjang untuk perubahan yang mana ramai percaya dapat menggalakkan pengambilan risiko berlebihan akan menyebabkan keuntungan dalam opsyen jual.

“Greenspan Put” adalah istilah yang dicipta pada tahun 1990-an. Ia merujuk kepada kebergantungan kepada opsyen jual pasaran saham yang jika digunakan dapat membantu para pelabur mengurangkan kerugian dan berpotensi mendapat keuntungan daripada deflasi gelembung pasaran. Greenspan memberi cadangan bahawa pelabur yang dimaklumkan boleh menjangkakan Persekutuan untuk mengambil tindakan bahawa strategi terbitan opsyen jual boleh mendatangkan keuntungan pada masa-masa krisis.

Jemput juga baca artikel tentang:

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.