Tolong paksakan diri anda untuk buat 9 perkara di bawah ini setiap hari, InshaaAllah anda akan mendapat hasil yang sangat dahsyat!

Alhamdulillah, ini ialah teknik rahsia para usahawan berjaya naikkan sales daripada RM200k kepada RM300k dalam masa 1 bulan saja.

Paling penting, wajib buat setiap hari dan anda lihat sendiri keajaiban yang tak di sangka-sangka Allah hadiahkan, baiknya Allah.

9 Rahsia Rezeki Mencurah Yang Ramai Orang Tak Buat

9 Rahsia Rezeki Mencurah

Imej via Lintasorgz

1. 1000x istighfar dengan penuh kusyuk terutama ketika di waktu pagi atau sedang memandu untuk menyelesaikan urusan bisnes.

2. 1000x selawat kepada Nabi Muhammad saw dengan penuh kusyuk. Ambil hati kekasih Allah dan berdoa.

3. 5000x zikir kepada Allah swt, antara amalan terbaik untuk berzikir ialah dengan menyebut nama “Ya Allah”.

4. Solat Dhuha 4 rakaat dan baca 7x doa dhuha dengan penuh keyakinan kepada Allah swt, hayati doa ini.

5. Bacakan 3 Al-Fatihah untuk diri sendiri, mak ayah dan khusus untuk orang khas yang anda nak bacakan (contoh mentor atau guru anda)

6. 3x baca surah Al-Ikhlas umpama khatam 30 juzuk Al-Quran dan paling dasyat anda telah bina 1 istana di syurga! Subhanallah.

7. Bacakan doa atau Al-Fatihah kepada 7 orang yang anda tak kenal. Tengah makan di kedai doakan pada orang yang duduk di meja sebelah.

8. Sentiasa buatkan orang terharu dan ucapkan terima kasih. Belanja orang makan, komen facebook orang dan bagi semangat.

9. Sucikan diri pagi dan malam dengan sebut 7 kesyukuran yang anda dah dapat atau anda mahu dapatkan. Buat dulu ‘syukur in advance’.

Semoga bermanfaat. Silakan kongsikan dan tag orang yang anda sayang.

Copy

Penulis: Nur Aliah Mohd Nor

Usahawan muda dan rajin berkongsi tips-tips kewangan yang praktikal. Ikuti beliau di Facebook untuk info kewangan santai yang menarik.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.