Bagaimana keadaan kewangan anda pada tahun ini?

Sebelum membina simpanan dan mengumpulkan harta, anda perlu pastikan simpanan anda supaya tiada ketirisan berlaku. Anda sudah boleh membuat kaji kembali mengenai hala tuju kewangan anda untuk tahun ini.

ketirisan wang

Imej via Blog.vanhornlawgroup

Antara Perkara Yang Boleh Anda Buat Untuk Elakkan Ketirisan Wang

1. Sediakan Bajet Bulanan

Pastikan ada rekod perbelanjaan. Duit keluar masuk tak tahu kemana? Macam mana anda mahu uruskan wang berjuta-juta nanti. Tidak semua orang suka buat rekod perbelanjaan, jadi mereka tidak tahu wang mereka ke mana. Jika ada rekod perbelanjaan, anda boleh rancang wang anda untuk ke mana.

2. Bayar Hutang Setelah Dapat Gaji

Jangan bertangguh bayar hutang @ komitmen jika anda ada pembiayaan dengan pihak bank. Dapat gaji terus bayar. Barulah anda sentiasa bayar hutang. CCRIS anda pun cun melecun.

3. Tabiat Menyimpan

Simpanlah sekurang-kurangnya 10% daripada gaji. Tak mampu juga? Cuba buat simpanan secara paksa. Buat potongan gaji ke Tabung Haji. Ataupun buat ASBF. Kalau anda mahu tunggu naik gaji memang kesudah susah nak menyimpan. Anda akan dapat hasil dan sedar rupa-rupanya anda mampu menyimpan.

4. Berbelanja Guna Tunai

Jika setiap bulan anda tidak mampu bayar hutang kad kredit, tiba masanya anda berbelanja menggunakan wang tunai sahaja.

5.Hidup Di Bawah Kemampuan

Hidup lah secara bersederhana. Tidak usah dilihat kemewahan mampu untuk buat anda bahagia. Jangan suka menunjuk-nunjuk ke kawan-kawan sahaja.

6. Mulakan Melabur

Mulakan melabur ditempat yang anda yakini. Dapat dividen 6%-7% sebenarnya dapat menolong anda menghadapi kenaikan kos hidup.

7. Tangguhkan Kehendak

Anda harus pandai-pandai kawal nafsu belanja. Tangguhkan kehendak anda yang ingin hidup bermewah-mewah kalau ada hutang sana-sini. Pakailah sampai rosak, gunalah sampai habis baru beli lain. Utamakan keperluan terlebih dahulu.

***

Kalau anda ada tips sendiri, boleh tambah bahagian komen. Biar buka sikit mata anak muda yang masih dalam jerat kemewahan.

Kalau mampu tak apa, ini gaji ciput pun mahu pakai kereta import mewah. Kepuasan hidup kononnya, padahal tidak sedar diri.

Kalau perkara ini anda ambil mudah, tak mustahil anda akan hadapi masalah kewangan pada masa hadapan. Sekadar berpesan.

 

Copy

Penulis: Amir Syahir

Rajin berkongsi ilmu hartanah, pengurusan kewangan, tips ASBF dan ilmu yang bermanfaat. Ikuti lagi tips-tips menarik tentang ASBF terutamanya di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.