Sangat menakutkan sebab hampir 70% orang kita yang tak pernah kisah duit keluar dan bila kira-kira balik duit belanja rupanya dah cecah ribu riban!

Bila tak rekod setiap transaksi duit keluar, maka kewangan kita akan mula bocor. Kesannya duit akan cepat habis dan tak tahu duit pergi ke mana. Kenapa kena rekod?

  • Tahu apa yang kita belanja setiap bulan.
  • Perkara yang kita belanja apakah ada dalam bajet atau tidak.
  • Berapa yang kita sudah belanja setiap bulan.

Kami yakin dan percaya, selepas anda mula rekod duit perbelanjaan bulanan anda ini, anda pasti akan lebih bijak menguruskan duit dengan baik dan dapat kawal duit dari kebocoran wang.

rekod belanja bulanan

Imej via Halalmoney

1. Dompet Bajet

rekod belanja bulanan

Imej via Facebook

Dompet bajet maksudnya ada banyak zip, setiap zip kena letakkan siap siap bajet untuk bulanan itu.

Contoh bajet bulan 1 :
1. Makan : RM700
2. Transport : RM500
3. Lain-lain : RM1000

Jadi di zip 1 allocate kan RM700 sahaja untuk makan, zip 2 letak RM500 untuk transport manakala zip 3 letakkan RM1000 untuk lain-lain (selain makan dan transport, contohnya sedekah, bil air elektrik, wayang).

Jadi kita sudah tahu setiap bulan belanja bulanan kita adalah RM2200. Dan kalau kita dapat gunakan bajet bulanan kita bawah RM2200 itu adalah lagi terbaik.

Setiap duit yang digunakan itu, perlu ada bukti resit untuk dijadikan sebagai reference. Contoh makan RM15, jadi di zip pertama untuk makan kena ada resit makan RM15.

Maksudnya di sini akhir bulan resit tu kumpulkan, dan bila campurkan amount total dalam resit tu mesti dapat RM1700 (kalau guna kurang dari RM2200). Jadi anda dah tahu berapa bajet bulanan anda keluarkan setiap bulan.

2. Catat di buku/kertas

rekod belanja bulanan

Imej via Facebook

Tak semua orang mahir dalam teknologi menggunakan apps dan sebagainya, ada yang selesa guna cara manual saja.

Jadi caranya sangat mudah, gunakan buku atau kertas anda, dan sentiasa bawa bersama-sama dengan anda, contohnya letak dalam handbeg. Atau bila balik rumah baru nak menulis rekod belanja anda pun boleh, tak ada masalah.

Paling penting sekali mesti catat setiap perbelanjaan yang sudah di keluarkan. Jangan ada tertinggal 1 pon, walaupun RM0.10. Boleh?

3. Catat di Whatsapp atau Notes

rekod belanja bulanan

Imej via Facebook

Cara ini pun mudah dan laju, iaitu dengan buat group whatsapp khas untuk perbelanjaan sahaja. Jadinya, setiap kali buat perbelanjaan, catatkan dalam group atau notes, hujung bulan senang untuk kira berapa total keseluruhan. Mudah kan.

4. Guna apps Money Manager

rekod belanja bulanan

Imej via Facebook

Sekarang ini ada banyak apps yang lebih best dari Money Manager. Jadi ikut kesesuaian anda mahu pakai apps mana. Janji mesti rekod!

Tiap kali anda belanja apa-apa je mesti terus capai hp dan catat dalam apps ni. Kalau boleh buat category belanja juga, contohnya:
– Food,
– Clothing,
– Beauty,
– Sedekah,
– Parking.
Dan banyak lagi.

Part ‘Expense Category’ ini anda boleh namakan perbelanjaan ikut anda sendiri. Paling penting sekali, kena cuba pakai sebulan dulu. Lepas sebulan, anda boleh lihat berapa total belanja anda, dan belanja di mana yang paling banyak. Adakah makan? Minyak? Haa kena cuba dulu ya.

Setakat ini 4 cara paling mudah nak record belanja bulanan anda. Macam mana? Sangat membantu kan.

Silakan like dan share kepada orang yang anda sayang. Semoga tips ini membantu anda semua.

Penulis: Nur Aliah Mohd Nor

Nur Aliah Mohd Nor

Usahawan muda dan rajin berkongsi tips-tips kewangan yang praktikal. Ikuti beliau di Facebook untuk info kewangan santai yang menarik.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.