Wah! Tips Efektif Elak Penyewa Culas Bayar Duit Sewa

Anda ada penyewa yang malas nak bayar sewa rumah?

Penat! Dah disuruh banyak kali membayar pada awal waktu tetapi tetap culas membayar?

Disini antara tips boleh anda praktikkan.

Masalah biasa tuan rumah kedaung adalah bila nak tunggu penyewa bayar sewa. Macam nak tunggu orang masuk meminang,. hehe!

Sebagai tuan rumah paling BEST kalau setiap bulan penyewa bayar on-time. Kalau dapat lebih awal lagi bagus.

Saya kongsi cara yang saya biasa buat kepada penyewa saya. Mana tau kot boleh ikut.

Penyewa teruk
Imej via 5191107

#1 Mintak post-dated cek

Letak syarat kalau nak sewa rumah kita, penyewa kena bagi post-dated cek. 6 bulan atau 1 tahun terpulang.

Dengan cara ni kita secure bayaran sewa in advance. Tugas kita setiap bulan pi bank bank in cek je. Rekod saya pernah kutip post-dated cek dari penyewa saya untuk 3 tahun..:-)

#2 Bayar awal, kasi diskaun

Tetapkan tarikh akhir bayaran sewa. Letak syarat, kalau penyewa bayar awal bagi diskaun.

Contoh : sewa sebulan RM1000. Due date 1hb. Tapi kalau bayar awal sebelum 1hb, dapat diskaun RM900 je sewa

Cara 2 ni paling berkesan. Sapa tak nak diskaun beb!

Bila sudah tiada isu nak handle penyewa, baru boleh fokus nak tambah rumah baru. Dah tak pening nak urus penyewa sedia ada.