Tips Pelaburan Hartanah Untuk Anak Muda Fresh Graduate

Anda baru nak start kerja selepas habis belajar di universiti?

Ada plan kewangan selepas dah tamat?

Berminat tak untuk labur dalam hartanah? Kalau berminat, terus membaca.

Penulis Harith Faisal berkongsi tips pelaburan hartanah untuk freshgraduate.

Gaji Permulaan Freshgraduate

Gaji standard untuk seorang fresh graduate sekarang ni bolehlah dapat dalam RM1500. Tapi, kalau kau nak jadi lain daripada fresh graduate yang lain, usaha pun kena lain juga.

Fresh graduate gaji RM1500. Kau nak beli rumah RM100K pun mungkin tak lepas tau. Lagi-lagi sebab sekarang ni, bank dah implement NDI, Net Disposable Income.

NDI ni macam tolakan untuk kos sara hidup. Contohnya ada satu bank ni, NDI yang dikenakan untuk luar bandar adalah RM1000. Kalau kau duduk bandar, NDI RM1300.

Gaji RM1500, mohon dengan bank tu. Tolak NDI RM1300, baki RM200 je. Harga rumah layak untuk ansuran RM200 adalah RM40K. Bank memang tak bagi amount sekecik tu.

Buat side Income Untuk Tambah Pendapatan

Urus wang
Imej via coffeebeanworks

Jadi, nak tak nak kau kena buat side income supaya kau layak untuk beli rumah yang lebih mahal. Dapat bawah RM150K pun dah cun dah. Bayaran ansuran bulanan dalam RM750 saja.

Kalau kau nak jadi lebih kaya daripada fresh graduate biasa, kau jangan mengharap gaji bulanan saja. Kalau tak, memang kau tak dapat beli rumah cepat. Bank tak berani bagi.

Saya pun pernah bergaji RM1500 masa jadi cikgu kat sekolah swasta sebelum dapat kerja di bank. Tapi saya dapat ekstra RM500 berbanding kawan sekerja yang lain. Aha!

Saya jadi driver kepada anak murid saya. Mak bapak dorang semua kerja, takda masa nak hantar, ambik anak dari sekolah. Memang ada rasa malu. Tapi lantaklah. Janji masyuk.

Saya dah mula pakai Myvi sejak kat UKM lagi sebab masa tu saya dapat biasiswa. Ansuran bulanan kereta dan servis semua pakai duit sendiri. Tak minta langsung duit mak bapak ya.

Lagipun saya memang ada buat side income purata dapat dalam RM2000 sebulan. Tapi saya tak buat simpanan bulanan. Sedih woi! Sebab dulu tak bijak macam sekarang.

Mohon jangan kecam saya. Sibuk suruh orang beli rumah dulu, jangan beli kereta. Tengok-tengok saya pakai kereta masa study lagi. Haha! Jangan ulangi kesilapan saya ini.

Anak muda, bila dah dapat buat side income tu, tambahkan portion simpanan kau. Bukan buat berjoli travel sini sana. Bukannya buat deposit beli kereta mahal tak tentu hala.

Mind set utama sebelum mula bekerja, kau kena belilah rumah cepat. Kalau tak, kau mesti akan beli kereta dulu. Jangan ikut jejak langkah saya. Saya ni terlambat dapat kesedaran.

Tapi, dapat jugak saya beli rumah pertama pada umur 24 tahun. Masa tu saya dah kerja di bank dengan gaji RM2500 pada tahun 2015. Beli rumah lepas 9 bulan bekerja kat situ.

Kalau kau ada tersilap langkah, jangan rasa down. Yang penting, kau gigih nak berubah dan tekad nak jadi lain daripada anak muda yang lain. Barulah namanya Hipster Hartanah!

Haha!

Belajar sesuatu hari ini?