13 Pelepasan Cukai 2017 Individu Yang Ramai Tidak Tahu

Bila sudah masuk tahun baru, perkara yang tidak boleh kita lupakan adalah membayar cukai.

Jika tidak membayar cukai, alamatnya bersedialah kita dengan kedatangan LHDN.

Sebenarnya ada beberapa pelepasan cukai individu 2017 yang boleh kita dapat. Kalau dikumpulkan boleh jadi satu jumlah yang banyak juga.

Di sini kami senaraikan perbelanjaan yang dapat mengurangkan cukai individu bagi tahun 2017.Nah ada sebanyak 13 pelepasan kesemuanya. Memang boleh jimat banyak.

pelepasan cukai

 

#1 Perbelanjaan individu atau saudara tagungan

  • Perlepasan sebanyak RM9,000

 

#2 Perbelanjaan terhadap Ibu Bapa

Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan)

  • Terhad RM5,000 atau

Pelepasan Untuk Ibu Bapa – Terhad RM1,500 setiap ibu dan bapa, dengan syarat ibu bapa mestilah:

  • Berumur 60 tahun dan ke atas
  • Berpendapatan tidak melebihi RM24,000 setahun (jika bekerja)
  • Pelepasan perbelanjaan perubatan tidak dituntut

Boleh dapat pelepasan sehingga RM3,000 jika kedua-dua ibu bapa layak.

 

#3 Yuran Pendidikan Diri Sendiri

Ya, anda turut dapat perlepasan untuk pendidikan anda!

  • Terhad RM7,000. (Tahun 2016: RM6,000)
  • Kursus yang layak bagi peringkat Sijil / Diploma / Sarjana Muda
  • Walaubagaimanapun ianya tertakluk pada kursus tertentu ( Undang-undang, Perakaunan, Kewangan Islam, Teknikal, Vokasional, Industri, Saintifik atau Teknologi)
  • Kursus yang layak bagi Peringkat Sarjana / PhD – sebarang bidang atau kursus kajian

 

#4 Kesihatan

Jangan lupa juga perlepasan untuk kesihatan

  • Belanja perubatan bagi penyakit yang sukar diubati atas diri sendiri, suami / isteri atau anak – Terhad RM6,000
  • Pemeriksaan perubatan penuh atas diri sendiri, suami / isteri atau anak – Terhad RM500

 

#5 Simpanan Tabung SSPN

  • Terhad RM 6,000.

 

#6 Perkeso

  • Terhad RM250

 

#7 Gaya Hidup

Ini sesuatu yang menarik. Smartphone juga dapat pengecualian cukai juga tahu!

Pembelian bahan bacaan, komputer, telefon pintar, tablet, alat sukan, yuran keahlian gimnasium dan langganan internet

  • Terhad RM2,500

 

#8 Peralatan Penyusuan

Pembelian peralatan penyusuan ibu (potongan dibenarkan sekali setiap 2 tahun untuk pembayar cukai wanita sahaja)

  • Terhad RM1,000

 

#9 Pra-Sekolah Anak-Anak

Perlepasan ini pasti menggembirakan ayah dan mak-mak Malaysia.

Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah

  • Terhad RM1,000

 

#10 Insurans nyawa dan KWSP

Terhad RM6,000

 

#11 Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh

  • Terhad RM3,000

 

#12 Insurans pendidikan dan perubatan

  • Terhad RM3,000

 

#13 Bayaran zakat

Ini yang paling istimewa untuk orang Islam. Anda dapat perlepasan yang tidak terhad.

  • Tiada had (100% pelepasan)

Kesimpulan

Itulah jenis-jenis perlepasan cukai individu 2017. Banyak juga yang mampu dijimatkan daripada perlepasan ini.

Harap senarai ini dapat membantu anda apabila mengisi borang cukai untuk taksiran 2017 ya!

Sekian.

 

Untuk maklumat lanjut boleh ke website rasmi LHDN