Ini Sebab Suami Isteri Perlu Tahu Ilmu Kewangan

Anda sudah berkahwin? Kalau belum, mungkin ‘kriteria’ ini agak penting bagi kami untuk difikirkan.

Anda setuju? Jika tidak, nah kami akan ceritakan.

Dalam pelaburan, tidak boleh secara secara perseorangan. Ianya perlukan juga komitmen daripada pasangan bagi mereka yang telah berumah tangga. Semoga artikel ini membantu menjawab mengapa pentinya pasangan yang tahu ilmu kewangan.

Bila korang sukar buat simpanan, cari lah pasangan yang punya masa depan. Maksudnya jenis yang banyak perancangan kewangan untuk bakal keluarga kecil dibina.

Sebab Memerlukan Pasangan Yang Bijak Ilmu Kewangan

1. Pasangan akan selalu remind korang tiap kali gaji. ‘Awak dah simpan belum duit awak untuk tabung kita, kalau belum saya simpankan’

Tapi ingat, simpanan tu contohnya masuk dalam SSP BSN. Bahagi dua. Target simpan RM1,000 sebulan. Sorang RM500. Masuk bawah nama masing-masing. Make sure pasangan korang boleh dipercayai k

2. Tiap kali korang nak spend banyak lebih dari kebiasaan, pasangan korang mula lah siku korang. ‘Awak, yang ni tak perlu beli sekarang. Nanti kita beli k’

3. Bila korang mula terlupa BIG WHY korang untuk buat simpanan dalam tabung kita, mula lah muhasabah diri sama-sama. ‘Awak, kita nak beli rumah hujung tahun ni, target kita masih jauh lagi. Kita cari extra income sama-sama nak?’

4. Bila korang penat buat segala sekatan kewangan. Sekali sekala reward diri. Pergi bercuti ke, jadi food hunter ke, shopping ke. Best kan.

Pasangan begini sukar dicari. Yang susah lah best sebab pasangan begini memang rare. Bahagia bukan satu kepastian, kewangan yang lancar in shaa Allah ia boleh bentuk keluarga bahagia.

Antara Yang Dihadapai Oleh Pasangan Tentang Kewangan Keluarga

Pasangan kewanagan
Imej via ptra

Dilema yang selalu dilalui setiap pasangan:

1. Melabur dengan pasangan sebagai satu team

2. Melabur sendiri dan dapat sokongan pasangan

3. Melabur sendiri tanpa sokongan pasangan

4. Jangan melabur

Pilihan no 1 pastinya adalah pilihan paling ideal. Sebab apa? Sebab mempunyai dua buah fikiran lebih baik dari satu buah fikiran. Melabur akan melibatkan bakat yang tersusun, strategi yang dirangka dengan baik dan mula teroka bakat baru yang belum pernah kita cuba. Bila ada pasangan yang support kita, memang best lah sembang pasal pelaburan je kan. Minat sama.

Pilihan pasangan no 2 ini paling baik sebab pasangan support tapi dia tak nak pun join kita. Dia nak tengok kita melabur sampai nampak hasilnya, baru lah terbukak hati dan timbul minat melabur sama. Takpa ‘wait and see’.

Pilihan pasangan 3 ni, lebih sukar sebab tidak dapat sokongan dari pasangan. Kena bertarung sorang dalam pelaburan. Namun tekniknya tetap sama, tunggu dah nampak hasil pelaburan baru dia mula suka nampak duit dan pelaburan berganda

Pasangan 4 ni lebih sedih terutamanya untuk suri rumah. Pasangan ini tidak mempunyai peluang untuk melabur dan tidak di sokong langsung. Bila ambil masa terlalu untuk berfikir akhirnya tidak jugak melabur. Maka kena lah pupuk minat dan yakin dengan pelaburan yang nak dilakukan

Pokok pangkalnya adalah niat kita nak melabur adalah untuk kita kembangkan kewangan dan kumpul seberapa banyak aset untuk hari tua kita. Harga rumah melonjak naik tapi kita masih belum usaha untuk memilikinya.

Siapa suka melabur? Boleh lah jadi pasangan ‘ideal’ saya 🙂