4 Cara Mudah Untuk Naikkan Value Sewa Rumah

Bila beli rumah untuk labur, mesti nak untung bukan?

Salah satunya adalah memberi sewa kepada orang lain.

Tapi… bagaimana jika sewa yang dibayar tidak pun mencukupi kos yang keluar?

Artikel dari Tuan Fauzi Ahmad ini kongsikan tips cara hendak naikkan sewa rumah.

Menghadapi masalah rumah sewa negatif cashflow?

4 cara ini mungkin boleh membantu menaikkan nilai sewa rumah tuan-puan.

Ruang tamu
Imej via PIRO4D

#1 Masukkan kelengkapan rumah

Masukkan perabut, barang elektrik dan kelengkapan rumah lain daripada disewakan kosong.

Ada penyewa yang suka jika mereka bawa beg pakaian saja bila pindah rumah.

#2 Sewa ikut individu

Kadar sewa rendah tetapi boleh masukkan ramai penyewa.

Ada penyewa yang fikirkan bajet tapi tak kesah untuk tinggal beramai. Target penyewa bujang atau pelajar.

#3 Sewa ikut hari

Tukar unit kita kepada air bnb, homestay atau hostel yang boleh disewa mengikut hari.

Air bnb menjadi trend yang semakin popular masa kini.

#4 Ubahsuai rumah

Tambah beberapa lagi bilik tidur di ruang tamu. Sediakan kelengkapan yang cukup di setiap bilik.

Dengan cara ini lebih ramai penyewa boleh dimasukkan.

InsyaAllah 4 cara ini boleh digunakan untuk tingkatkan cashflow rumah sewa tuan-puan.

Saya sudah cuba cara 1-3.

Ada cara lain? Mohon kongsikan cara tuan-puan supaya ramai lagi boleh belajar.