Nah! 5 Tips Modal Beli Rumah Boleh Cuba

Salah satu apabila hendak membeli rumah adalah modal.

Ramai mengeluh mana hendak cari modal untuk membayar deosit rumah.

Nah, tips daripada Tuan Abang Ensem mungkin dapat membantu.

Ramai tertanya-tanya bagaimanakah aku mampu menghadirkan duit untuk pembelian banyak rumah.

Ada beberapa cara yang telah aku lakukan bagi mendapatkan modal untuk pembelian, sama ada pembelian secara tunai mahu pun pinjaman bank. Antaranya :

Modal rumah
Imej via stevepb

#1 Simpan dan Labur

Aku menyimpan sejumlah amaun setiap bulan dan setelah cukup jumlah yang diingini, maka aku akan laburkan bagi menggandakannya lagi.

#2 Akaun 2 KWSP

Pastinya Akaun 2 KWSP turut menjadi taruhan mendapatkan modal.

#3 Pinjaman Dari Keluarga

Pinjaman dari keluarga turut membantu di dalam membiayai pembelian rumah aku di awal usia pelaburan aku dulu.

#4 Kerjasama

Tidak kurang juga kerjasama bersama rakan-rakan rapatku (BFF) di dalam pembelian beberapa buah hartanah.

#5 Refinancing

Refinancing menjadi salah satu faktor penyumbang kepada pembelian secara tunai. Bagi anda yang tidak mengetahuinya, setiap rumah yang aku refinancekan mampu menghadirkan sejumlah 5 angka untuk pembelian tersebut.