Cara Mudah Tentukan Kadar Sewa Hartanah

Bila dah melabur membeli rumah, sudah pasti masanya sudah sampai untuk menyewakannya rumah tersebut.

Persoalannya, bagaimana hendak menentukan kadar sewa rumah tersebut.

Terletak mahal, orang tidak mahu pula menyewa. Terletak murah, rugi pula dari sudut peluang.

Tips ini boleh digunakan untuk menentukan kadar sewa.

Kadar sewa
Imej via geralt

Aku ditanya, “Bagaimana cara aku menentukan kadar sewa yang baru selepas tamat tempoh Tenancy Agreement yang lama dan bagaimanakah cara aku menyampaikannya kepada penyewa yang pembayarannya tip-top tak pernah culas”.

Cara aku mudah:

i. Aku akan check rental rate terkini kawasan sekitar.

ii. Aku hanya naikkan pada kadar yang lebih rendah dari kadar terkini.

iii. Jika penyewa aku bersedih, aku akan berkata, “Saya naikkan sikit je Bang mengenangkan Abang punya payment sentiasa tip-top. Kalau Abang tak caya, cuba Abang tengok sewa unit-unit sebelah. Lagi melampau mahalnya”.

Semoga tips ini membantu