Anda hendak membeli takaful, tetapi tidak tahu takaful yang sesuai untuk anda?

Anda ‘confuse’ apa itu takaful keluarga atau takaful am?

Nah, info mudah tentang takaful.

Bagi memudahkan anda membuat pilihan takaful yang sesuai untuk anda, anda perlu terlebih dahulu mengetahui jenis-jenis takaful yang ada. Takaful terdiri daripada dua jenis:

Takaful
Monam

 

Takaful Keluarga

Takaful Keluarga merupakan perlindungan terhadap malapetaka akibat kematian, kehilangan upaya dan kemalangan ke atas diri seseorang peserta.

Peserta dikehendaki membayar caruman mengikut kemampuan mereka tetapi tertakluk kepada jumlah minimum yang ditetapkan syarikat takaful.

Caruman akan dikreditkan ke dalam 2 akaun iaitu:

  • Akaun peserta (X%) bagi tujuan simpanan dan pelaburan,
  • Akaun Khas Peserta (x%) sebagai tabarru’ iaitu derma untuk memberi bantuan kepada peserta yan ditimpa kemalangan.

Terdapat 3 produk lain di dalam takaful keluarga iaitu:

  • Takaful Pendidikan bagi membantu membiayai belanja pendidikan anak peserta.
  • Takaful Kesihatan bagi tujuan membayar belanja rawatan hospital bagi peserta yang dimasukkan ke dalam wad.
  • Takaful Kelompok untuk perlindungan secara berkumpulan kepada peserta.

Takaful Am

Takaful Am memberikan perlindungan terhadap risiko kerosakan yang mungkin berlaku ke atas harta benda yang dimiliki oleh seorang peseerta seperti bangunan, rumah dan kenderaan.

Antara kerosakan dan kecelakaan di bawah takaful am ialah kebakaran, rompakan, kecurian, kemalangan dan sebagainya.

Ia merupakan perlindungan yang boleh disertai oleh orang-orang perseorangan syarikat, pertubuhan atau perbadanan sebagai ikhtiar bagi menghadapi kemungkinan berlakunya malapetaka.

Peserta yang menyertai perlindungan ini akan membuat perjanjian mudharabah dengan syarikat takaful. Dalam perjanjian ini, semua hak dan kewajipan takaful akan dinyatakan.

Syarikat takaful akan bertindak sebagai pengusaha dan menerima sumbangan daripada peserta, menguruskan skim berkaitan, membuat pelaburan dan sebagainya.

Copy

Penulis: Hulya Izzuan

Merupakan penulis tetap di iLabur. Minat dengan nombor-nombor yang memberi makna di sebaliknya,Berkongsi tentang info semasa hal pengurusan kewangan diri.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.