Kalau nak melabur dalam hartanah, mesti tahu apa itu CCRIS.

Sebabnya, ianya mempunyai kaitan dengan pinjaman yang bakal dibuat. Kalau CCRIS tidak cantik.Suakr juga.

Nah, artikel ini bercerita tentang apa itu CCRIS.

Semoga tips tentang CCRIS ini membantu untuk pelabur.

CCRIS
Imej via imoney

CCRIS adalah kredit report yang disimpan oleh bank negara

Semua maklumat pinjaman kita dengan institusi kewangan yang berdaftar ada dalam CCRIS.

Jaga CCRIS macam kita jaga buku report masa sekolah dulu-dulu.

Kalau dapat E, dakwat merah balik mesti kena bebel dengan mak ayah

Sama juga dengan CCRIS, kalau lewat bayar pinjaman, rekod tak cantik.

Bila rekod tak cantik bank susah nak bagi pinjaman.

 

Cara Bagi CCRIS Cantik

“Loan tuan tak lulus sebab CCRIS tak cantik”-

Ayat ni paling kita tak nak dengar bila apply loan untuk beli rumah kan?

Duit booking dah bayar, sekali banker bagitau loan tak lulus sebab CCRIS tak cantik.

CCRIS tak cantik sebab tak jaga hutang dengan bank.

Saya kongsikan tips yang mungkin boleh membantu mencantikkan CCRIS kita.

(1) Dapat gaji bayar dulu semua hutang-hutang dengan bank.

(2) Tulis dateline bila tarikh perlu bayar semua hutang. Pastikan kita tidak bayar hutang melepasi dateline tersebut.

(3) Masukkan amaun semua hutang ke dalam satu akaun khas dan bayar hutang dari akaun tersebut supaya tak terlepas pandang.

(4) Dapatkan rekod CCRIS setiap tahun supaya kita tahu bagaimana pattern bayaran hutang kita.

(5) Jika plan nak beli rumah, jaga bayaran hutang sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum apply loan.

CCRIS

Rilsonav / Pixabay

Bank sekarang agak memilih. Pastikan kita sediakan rekod yang cantik kepada bank supaya loan kita mudah lulus.

Semoga bermanfaat. SHARE jika tuan-puan suka tips ni!

Copy

Penulis: Fauzi Ahmad

Merupakan ejen hartanah dan juga pengasas produk dan laman web Mumsluv. Rajin berkongsi tips hartanah di laman sosial beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.