Huh! Kenapa Beli Loan Rumah Bersama (Suami Isteri )Sangat Merbahaya?

Ramai tidak tahu risiko apabila membeli rumah nama suami dan isteri.

Kebanyakkan menganggap bahawa rumah itu akan milik mereka setelah salah seorang meninggal.

Tidak! Sebenarnya bukan begitu.

Artikel ini bertujuan untuk berkongsikan tentang salah faham dalam urusan pusaka.

Semoga artikel ini dapat memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu urusan harta pusaka.

Rumah bersama
Imej via coombesy

Keadaan Normal Kongsi Loan

Kebiasaanya, suami isteri akan membeli rumah bersama untuk kuatkan dokumen. Di SPA/SNP pula akan ada dua nama. Nama si suami dan nama si isteri. Dua duanya mengambil MRTA/MRTT ( takaful).

Sekarang apa akan berlaku jika salah seorang meninggal?

Jika harga rumah RM600,000

Rumah itu terbahagi 2 ( sebab 2 penama)

  • 50% SI SUAMI ( RM300,000)
  • 50% SI ISTERI ( RM300,000)

Jika suami meninggal, 50% bahagian suami sudah tidak perlu dibiayai, kerana takaful sudah bayarkan

Betul kan?

Manakala bahagian isteri, 50% selebihnya perlu terus dibayar oleh pihak si isteri.

 

Isu Yang Mungkin Tidak Faham

Bahagian si suami sudah pun menjadi HARTA PUSAKA. Jika suami masih ada mak ayah,mereka boleh tuntut hak mereka daripada 50% tersebut.

Saya dapat mesej, seorang balu yang baru kehilangan suaminya, anak ada dua. Mak dan ayah mertua tidak mahu lepaskan hak. Mereka tetap mahukan bahagian mereka dalam rumah Si isteri tidak mampu bayar, kerana jumlah bahagian mereka hampir RM140,000!

Ya, RM140,000

Sudahlah harta ini saja tinggal kepada balu dan anak anaknya. Tetapi tetap mak ayah mertua tidak lepaskan

Bila ditanya kenapa?

” Ayah mahu sedekah duit kepada anak yatim dan bagi anak-anak ayah”. Gamaknya, mertua beliau dan cucu beliau bukan anak yatim rasanya

Allah

Ini kes biasa yang ada di Malaysia. Penunggang agama tahap tertinggi

Ini baru mak ayah mertua, bagaimana pula kalau dengan adik beradik mertua?

Di sinilah anda perlu mempelajari ilmu faraid. Kenali siapa waris suami anda dan isteri anda sekarang. Kenali perwatakannya.Namun, itu pun belum menjamin apa apa.

Kes lain saya jumpa, ayah mertua kata buatlah rumah di atas tanah dia. Nanti dah siap, ayah mertua tukar nama. Tetapi sampai sekarang tak tertukar.

Sudahlah si isteri guna tunai buat rumah dengan orang kampung. Tiada hitam putih, Sekarang, suaminya sudah lumpuh(anaknya si ayah ini) dan sudah nyanyuk kerana kemalangan

Tiap tiap hari ayah mertua remind menantunya, jangan tukar bil elektrik. Sebab ingin rumah itu kepada dia jika anaknya sudah tiada nanti

Saya rasa kasihan dengan si isteri.Anak sudah 4 orang. Sekarang isteri tengah memikirkan bagaimana nak dapatkan rumah yang telah dibina dengan duitnya

Moga Allah swt lindungi mereka dan mencukupkan rezeki mereka

 

Apa Yang Anda Perlu Buat?

Untuk elakkan perkara di atas berlaku dan anda ingin pasangan hidup senang, tidak mahu merempat selepas anda tiada nanti

1. Buat hibah bersyarat

Si suami hibahkan bahagian(50%) beliau ke si isteri

Si isteri hibahkan bahagian(50%) beliau ke si suami

Hibahkan antara satu sama lain

Jika suami meninggal, bahagian suami akan dapat sepenuhnya kepada isteri. Jadi 100%. Begitulah sebaliknya.Selamat.Tidak pergi ke sesiapa sudah

Prosesnya anda perlu berjumpa consultant untuk melakukan hibah ini

Rumah yang belum habis bayar pun boleh dihibahkan. Ini diambil atas ijtihad Dr Wahbah Zuhaili. Dengan syarat hutang(loan) itu dilangsaikan jika meninggal

Apa maksudnya? Perlu ada MRTA/MRTT

 

Bagaimana Dengan Harta Sepencarian?

Untuk harta sepencarian, roses perlu di Mahkamah Syariah. Di mana kos amat tinggi

Biasa rate peguam buka kes sahaja RM5K-RM10K. Untuk dapatkan hak penuh rumah. Isteri perlu menunjukan bukti beliau ada sumbangan terhadap rumah tersebut.

Contoh:

  • Resit bayaran bulanan
  • Resit renovation
  • Resit yang berkaitan dengan rumah

Pihak isteri perlu membawa perbuktian

Barulah Hakim akan memberi pertimbangan sewajarnya

Sangat susah kes isteri dapat hak penuh terhadap rumah. Oleh itu, rancanglah sebaiknya tentang rumah ini. Kerana rumah paling kritikal jika berlaku perceraian atau kematian.

 

Boleh Ke Saya Tukar Ke Nama Isteri Atau Anak? Lebih Selamat

Proses ini dibuat di Pejabat Tanah. Borang 14A

Jawapannya: Tidak juga, kerana jika isteri mati. Warisnya juga boleh menuntut hak

Jika tukar kepada nama anak. Anak pula mati awal dari mak ayah. Jika anak itu sudah berkahwin. Sudah ada waris lain yang berhak. Contohnya, isteri atau suaminya

Penyelesaian yang terbaik ialah yang pertama ‘Hibah bersyarat’.

 

Kepada suami dan isteri

Buatlah perancangan sekarang.Kebanyakan yang sangat jumpa saya ialah mereka yang telah menghadapi masalah.

Merasai keperitan keluarga retak kerana harta Beza orang merasai dan tahu. Yang merasai sudah tidak mahu warisnya susah begini

Yang tahu hanya tenang sahaja.

Alangkah sedihnya, kita sudah berada di taman taman syurga, tetapi waris kita berada di neraka dunia. Merempat kerana tiada lagi rumah untuk berehat dan bersuka ria

Sila tag dan share kepada pasangan anda jika anda termasuk dalam golongan ini