Wow! Cara Gaji RM2000 Dapat Beli 3 Rumah. Siapa Kata Mustahil?

Siapa kata gaji kecil tidak boleh beli rumah?

Bukan sebuah tetapi 3.

Mustahil bukan? JIka anda tidak percaya, artikel daripada Tuan Harith Faisal ini patut anda baca.

Nampak Mustahil, Tapi Ini Langkahnya

Beli rumah
Imej via mastersenaiper

Loggikkah gaji RM2,000 mampu beli 3 buah rumah?

Orang yang tak pernah nak ambil tahu pasal hartanah, memang akan rasa mustahil benda ni akan berlaku. Dengan gaji RM2,000 nak beli rumah RM200,000 pun tak lepas, apatah lagi nak beli 3 buah rumah, kan. Baca bagi habis.

Memang bukan semua orang boleh buat. Tapi kalau kau sanggup buat, kau dapatlah rasa hasilnya nanti. Rahsianya, mulalah dengan yang kecik. Cari rumah lelong yang harga sekitar RM100,000 hingga RM110,000.

Nak dapatkan modal tu, simpanlah 50% daripada gaji kau. Nak lagi cepat cukup modal dan senang lulus pembiayaan, kau tak payah usik gaji kau tu. Simpan 100%. Kau hidup dengan duit daripada side income.

Bila bank tengok kau boleh simpan RM1,000 sampai RM2,000 setiap bulan, bank akan kagumlah juga. Takkan kau tak mampu nak bayar ansuran rumah lelong tu yang hanya sekitar RM500 hingga RM600.

Bina Side Income Untuk Kukuhkan Kewangan

Gaji kecik susah nak lulus pembiayaan? Mungkin kau kena pilih untuk buat side income yang boleh dibuktikan kepada bank akan kewujudan dan asal usulnya. Contohnya, ejen takaful, konsultan ASB, jual penapis air ke.

Lepas dapat beli rumah pertama tu, kau buat fully furnished dan sewakan per head. Katakan kau dapat total sewaan RM1,000. Sebab nak bagi gempak, kita ambil contoh yang paling sedap. Logik je. Asalkan kawasan tu bagus.

Kau sewakan 6 bulan, dan kau dah boleh beli rumah yang kedua pula. Tak semua bank ambil 100% hasil sewaan sebagai pendapatan kau. Ada yang ambil 80% dan 50% pun ada juga. Ikut bank. Jadi, kita ambil contoh 80% lah.

Gaji hakiki: RM2,000

Sewaan: RM1,000 x 80% = RM800

Total: RM2,800

Jumlah income kau sekarang adalah RM2,800. Dari awal dulu, income kau hanya RM2,000 sekarang dah naik jadi RM2,800. Untuk kiraan kelayakan, bank akan kira ikut RM2,800. Tak masuk side income lain lagi ni.

Apa lagi tunggu, kau mungkin dah boleh beli subsale harga sekitar RM150,000 pula. Nak beli lelong lagi sekali pun boleh. Ikut suka hati kau lah. Kalau lelong, lebih mudah nak dapat rumah positive cashflow sewaannya.

Ulang balik apa yang kau buat kat rumah pertama tadi tu. Selepas 6 bulan, beli rumah ketiga pula. Pastikan buat tenancy agreement dan dimatikan setem di LHDN. Lepas 6 bulan, tenancy agreement tu valid sebagai income.

Rumah ketiga kau, boleh survey yang harga RM200,000. Mungkin untuk rumah ketiga ni kau kena beli rumah subsale lah. Ada sebab-sebab dia. Nanti bila rajin, saya cerita. Kalau tak, panjang sangat pulak posting hari ni.

Posting panjang, bukan kau nak baca pun.

Haha!